Khasiat dan fakta menarik mengenai rumpai laut

0 comments

Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed,
Rumpai laut mungkin sesuatu yang masih asing di Malaysia, tetapi di negara kepulauan seperti Jepun, ia merupakan sejenis sayur yang popular. Ia tergolong dalam kumpulan algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada tumbuhan darat).

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.
Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed,
Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya rumpai laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.

Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan rumpai laut yang perlu anda tahu
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.
Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed,
Aplikasi konsep alkaline-acidic dalam onigiri dan sushi. Konsep mudah ini ada pada makanan yang sihat/seimbang termasuklah nasi putih/lauk dan nan/ayam tandoori.
Kebanyakkan rumpai laut yang dijual di pasaran Malaysia sebenarnya telah diproses (diimport dari luar), manakala ada sesetengahnya juga yang dipasarkan dalam bentuk supplemen. Tidak seperti di Jepun atau di Thailand, agak sukar sebenarnya untuk mencari rumpai laut yang segar di sini memandangkan popularitinya di negara kita masih ‘tak berapa popular’. Jika tidak berkunjung ke Sushi King, atau kaunter makanan Jepun di Jusco, memang kita tidak akan berjumpa superfood ini dalam makanan hidangan tengahari atau malam. - sumber

UPM temui pengganti garam yang baik untuk kesihatan
SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.

Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).
KardioMate, Rumpai laut, Rumpai laut asli, Pembekal rumpai laut, Pemborong rumpai laut, Rumpai laut murah, Pembekal besar rumpai laut Malaysia, Khasiat rumpai laut, Pure marine, Pure marine collagen, Kolagen asli, Kolagen semulajadi, Rahsia kulit cantik menawan, Kulit cantik menawan, Seaweed, UPM temui pengganti garam yang baik untuk kesihatan,
UPM temui pengganti garam yang baik untuk kesihatan. - mStar
KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, ter-utama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.

Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.

“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah."

“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof."

Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan.

Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.

Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.

Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko, katanya. - sumber
Share this article :
 
Support : GetReload.net | Foot Detox Patch Jun Gong
Copyright © 2012. Rumpai Laut - All Rights Reserved
Creating Website | Mas Template
Proudly powered by Beyond Synergy Solution