Cara penyediaan/pengambilan rumpai laut

0 comments

Rumpai laut mempunyai pelbagai khasiat dari segi makanan, kecantikan dan kesihatan.

Cara penyediaan rumpai laut sebagai makanan kesihatan 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bahan-bahan
100 gram rumpai laut
2.5 liter air kosong

1. Basuh rumpai laut dan rendam semalaman.
2. Buang air rendaman semalaman dan basuh semula kemudian toskan/tapiskan.
3. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
4. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
*Jika hendak jadikan sebagai masker, asingkan gumpalan rumpai laut yang telah direbus tadi(seperti agar-agar) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais.
**Air rendaman semalaman boleh digunakan untuk merawat tumit kaki yang merekah, menghilangkan bau kaki dan untuk rawatan rambut bagi yang menghadapi masalah keguguran rambut.

Cara Pengambilan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Waktu terbaik adalah makan ketika perut kosong(selepas bangun tidur, sebelum sarapan dan sebelum masuk tidur) sebanyak 3 sudu besar setiap kali hendak makan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
*Pengambilan rumpai laut yang telah disejukkan dalam peti ais boleh dicampurkan bersama air(sirap, jus oren dan lain-lain) mengikut citarasa anda.

Cara Membuat Masker
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1. Cuci muka.
2. Ratakan gumpalan rumpai laut di muka.
3. Biarkan selama 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman(dipakai ketika hendak tidur) sebelum dicuci.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PERHATIAN!!
Jika boleh elakkan pengambilan minum kopi, nescafe atau minuman yang tinggi kandungan kafein ini kerana pengambilan minuman yang tinggi kandungan kafein boleh menyerap dan membuang vitamin C, kolagen dan gluthathione(agen pencerah) dalam badan. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan rumpai laut disertakan bersama vitamin C dan banyakkan minum air kosong.

Share this article :
 
Support : GetReload.net | Foot Detox Patch Jun Gong
Copyright © 2012. Rumpai Laut - All Rights Reserved
Creating Website | Mas Template
Proudly powered by Beyond Synergy Solution